Skip to main content

Featured

Rendang Daging Rusa

Hari ini saya nak kongsikan resepi yang terbaik untuk hari raya iaitu Rendang Daging Rusa. Bahan A (Di blender) Serai 5 batang Lengkuas 3inc Halia 2inc Kunyit hidup 2inc Bawang merah kecil 10biji Bawang putih 5 ulas Cili padi sesuai selera kepedasan Ketumbar Jintan manis Rempah rendang adabi Bahan B ( Untuk ditumis) Bunga lawang Cengkih Buah pala Halba Kayu manis Bahan C Kerisik  Santan Daun limau purut Daun kunyit Asam keping Garam Gula Daging rusa 1 kilo Cara memasak Rendang Daging Rusa Tumis bahan B sehingga naik bau. Kemudian masukan bahan A yg d blender tadi tumis lg sampai rempah pecah mnyak kemudian masukan daging rusa.. Gaul sebati, selepas itu  tambah sedikit air biar daging  empuk dan kering sikit.  Kemudian masukan santan, kerisik, asam keping, garam, gula,, daun limau purut dah cukup rasa rendang pon dah kering baru tabur daun kunyit gaul2 dah siap.... ##Resepi ini juga boleh dilakukan pada ay

Resepi Biskut Semperit Susu

Sempena ketibaan Syawal yang akan menjelma tidak lama lagi, saya kongsikan resepi biskut yang digemari ramai iaitu Biskut Semperit Susu.

Bahan-bahan :

250g  mentega
250ml susu pekat manis
500g  tepung jagung
Cip coklat/gula manik/ceri (sebagai hiasan)

Cara-caranya :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar).

2. Sebatikan mentega dan susu pekat manis dalam mangkuk adunan.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga menjadi satu adunan.

4. Tekan doh menggunakan acuan semperit .

5. Letakkan hiasan seperti coklat/gula manik/ceri.

6. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit. (Suhu dan masa bergantung pada jenis ketuhar)


Comments